Tuesday 15 September 2015

TRAUMA SAKIT LUTUT DAN SENDI?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Moga semua yang membaca di rahmati dan di permudahkan segala urusan. 
Amin Ya Rabb.



Ngerikan gambar di atas?

Nauzubillahminzalik. Moga di jauhkan kita dari penyakit2 dan perkara-perkara yang mendatang kan mudarat pada diri kita. Anugerah Allah, badan kita harus di jaga dan di hargai sebaik mungkin. Insyaallah.


SAKIT SENDI-SENDI TERUTAMA LUTUT?


07 PUNCA-PUNCA SAKIT SENDI?


1.0 Makanan Bergoreng & Makanan Diproses Perlu Dikurangkan 


Para penyelidik dari Mount Sinai School of Medicine telah mengkaji pencegahan penyakit melalui pemakanan. Keputusan analisis menunjukkan bahawa ‘kurang’ mengambil makanan bergoreng dan makanan siap diproses seperti ayam goreng dan makanan sejuk-beku, boleh mengurangkan keradangan dan benar-benar membantu memulihkan sistem pertahanan semula jadi badan.
Apa yang boleh anda lakukan: Kurangkan jumlah makanan yang digoreng dan diproses yang anda makan dan banyakkan lagi pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet anda.

2.0 Turunkan Paras Toksin A.G.E Kita


AGE tidak merujuk kepada berapa umur anda. Tetap ianya adalah Advanced Glycation End Produk (AGE), sejenis toksin yang muncul apabila sesuatu makanan itu dipanaskan, dipanggang, digoreng atau dipasteur.
AGE akan merosakkan protein tertentu dalam badan. Tubuh akan cuba memusnahkan AGE ini dengan menggunakan cytokines iaitu ejen yang menyebabkan berlakunya keradangan (inflammatory). Bergantung di mana tempat terbentuknya AGE, sebagai contoh di mana-mana bahagian sendi, ia akan menyumbang kepada radang sendi.
Apa yang boleh anda lakukan: Satu kajian pada 2009 mendapati bahawa mengurangkan jumlah makanan dimasak pada suhu yang tinggi dalam diet kita berpotensi boleh membantu mengurangkan paras AGE.

3.0 Kawal Pengambilan Gula Dan Karbohidrat Tinggi


Seperti yang telah dibincang sebelum ini, jumlah kandungan gula yang tinggi dalam diet akan menyebabkan peningkatan toksin AGE. Peningkatan toksin AGE ini akan mencetuskan keradangan.
Apa yang boleh anda lakukan: Elakkan atau kurangkan pengambilan makanan manis seperti gula-gula, makanan kotak, air soda dan lain-lain bagi untuk mengurangkan sakit artritis anda. Juga hadkan pengambilan nasi. Jangan makan terlalu banyak kerana karbohidrat tinggi seperti nasi, roti putih dan sebagainya kerana paras gulanya yang tinggi.

4.0 Kadar Pengambilan Produk Tenusu Perlu Dirombak


Produk tenusu boleh menyumbang kepada sakit sendi disebabkan oleh sejenis protein yang terkandung di dalamnya. Menurut Physicians Committee for Responsible Medicine, protein ini boleh mesesetengah individu merasa rengsa pada tisu disekeliling sendi. Sesetengah penghidap artiritis berjaya menghindarkan perkara ini dengan mengelak dari mengambil produk tenusu.
Apa yang boleh anda lakukan: Cuba elakkan pengambilan protein daripada sumber daging dan tenusu dan gantikannya dengan sumber daripada sayur-sayuran seperti bayam, tauhu, kacang, kekacang dan sebagainya.

5.0 Sudah-Sudahlah Dengan Tembakau Dan Alkohol Itu!


Pengambilan tembakau dan alkohol berlebihan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuklah menjejaskan sendi kita. Peluang perokok tegar sangat cerah untuk diserang sakit sendi jenis rheumatoid. Manakala mereka yang ketagih alkohol mempunyai risiko tinggi untuk mendapat gout.
Apa yang boleh anda lakukan: Sendi yang sihat memerlukan pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal, dan jumlah rehat yang cukup. Semua yang boleh dicapai dengan mengurangkan pengambilan alkohol dan penggunaan tembakau. Hentikan sahaja tabiat buruk itu. Pilihlah gaya hidup sihat, senaman konsisten dan tidur yang berkualiti.

6.0 Apa Lagi Kalau Bukan Tentang Garam & Bahan Pengawet


Penting untuk tahu kandungan garam dan bahan pengawet dalam makanan kita. Banyak makanan mempunyai kandungan garam dan pengawet berlebihan. Tujuannya supaya tahan lebih lama. Bagi sesetengah orang, garam berlebihan boleh menyebabkan radang dan risiko boleh dikurangkan dengan pengambilan garam dalam jumlah yang sederhana dan terkawal.
Apa yang boleh anda lakukan: Baca label untuk mengelakkan bahan pengawet dan garam berlebihan. Kurang garam boleh membantu anda menguruskan artritis. Walaupun penyediaanya mudah, makanan yang dipanaskan oleh gelombang ketuhar sering tinggi dengan kandungan garam.

7.0 Gantikan Minyak Jagung Dengan Minyak Zaitun


Banyak makanan yang dipanggang dan makanan ringan mengandungi jagung atau minyak jagung. Walaupun ianya sedap, namun minyak jagung boleh mencetuskan keradangan. Beberapa kajian telah dijalankan untuk mengenalpasti kesan Asid Lemak Omega-3 untuk melegakan kesakitan kepada individu yang bermasalah sendi. Hasil kajian telah mendapati bahawa minyak ikan yang mengandungi omega-3, boleh membantu dengan menghilangkan rasa sakit sendi.
Apa yang boleh anda lakukan: Gantikan makanan yang mengandungi omega-6 asid lemak dengan sihat dan bersifat anti-radang serta kaya dengan omega-3 seperti minyak zaitun, kacang, dan lain-lain.


CARA-CARA MENGATASI MASALAH SAKIT LUTUT DAN SENDI

Terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangkan sakit lutut yang berpunca daripada kecederaan mahupun masalah osteoartritis yang dialami sejak bertahun lalu.

Berikut beberapa langkah mudah untuk membantu lutut dalam keadaan baik.

* Jangan terlalu banyak rehat. Banyak berehat akan membuatkan otot lebih lemah, sekali gus memburukkan keadaan sendi yang kesakitan. Cari program senaman yang selamat dan sesuai untuk sakit lutut.

Jika tidak pasti dengan teknik senaman itu, berbincang dengan doktor atau pakar terapi fizikal.

Elakkan risiko jatuh. Lutut yang sakit akan membuatkan diri tidak stabil lalu boleh menyebabkan terjatuh.

* Elakkan terjatuh dengan berjalan di kawasan terang dan berpermukaan rata. Pegang pada penghadang ketika naik atau turun tangga walaupun rasa diri mampu melakukannya tanpa bantuan.

Sentiasa gunakan tangga atau bangku teguh jika perlu mendapatkan sesuatu dari kawasan tinggi.

* Amalkan 'RICE' (Rest, Ice, Compression dan Elevation). Ia baik untuk mengurangkan kesan kecederaan ringan pada lutut atau keradangan akibat artritis. Rehatkan lutut apabila perlu. Letakkan ais untuk mengurangkan bengkak, pakai pembalut mampat dan rehatkan lutut pada paras lebih tinggi daripada pinggang.

* Jangan pandang remeh pada berat badan. Jika mengalami peningkatan berat badan, segera menurunkannya menerusi senaman dan pengambilan makanan seimbang. Ini akan membantu mengurangkan tekanan pada lutut. Tidak perlu sehingga mencapai berat badan ideal. Cukup sekadar untuk tubuh yang lebih sihat.

* Jangan malu menggunakan tongkat ketika berjalan. Berjalan dengan tongkat membantu mengurangkan tekanan pada lutut.

* Pertimbangkan rawatan akupunktur. Teknik perawatan tradisional Cina ini membabitkan tusukan jarum halus pada beberapa titik tumpuan tubuh yang dikenal pasti membantu mengurangkan pelbagai jenis kesakitan.

* Jangan membiarkan kasut memburukkan keadaan. Memakai kasut yang mempunyai lapisan kusyen tambahan dapat membantu mengurangkan tekanan pada lutut. Untuk pesakit osteoartritis lutut, doktor biasanya mengesyorkan lapik dalaman khas yang boleh didapati di kedai kasut khusus.

Jangan tambahkan kesakitan pada lutut. Senaman impak tinggi hanya memudaratkan kesakitan itu. Elakkan senaman seperti berlari, melompat dan kickboxing. Selain itu, elakkan senaman seperti 'lunges' dan mencangkung (squat) kerana ia memberikan tekanan berlebihan pada lutut.

* Dapatkan nasihat pakar perubatan dengan segera. Jika kesakitan di lutut baru dirasai, sebaiknya jumpa doktor. Rawatan awal akan membantu mengelakkan mudarat pada masa depan.


ALTERNATIF???





 ATAU




TESTIMONI BERJAYA




BAGAIMANA MERAWAT MASALAH SENDI ANDA DENGAN SHAKLEE?

0 1 7 3 2 9 3 8 0 8

Kurang faham berkaitan sendi?
Inginkan maklumat lanjut?

Saya akan bantu !!

FB / INSTAGRAM : Shinawann



Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS 

EXCLUSIVE dengan setiap pembelian KHAS 

untuk anda !!!


* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu. 

COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di Melaka Tengah dan Bandar Melaka.

No comments:

Designed by UMIESUEstudio 2014